Bahasa Melayu

Cadangan Dibuat Oleh YB Yeoh Untuk Penggubalan Rang Undang-Undang Enakmen Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang

George Town- YB Yeoh Soon Hin, EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif telah bercadang menggubalkan Rang Undang-Undang (RUU) bagi Enakamen Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang bagi memperuntukkan kuasa-kuasa baru kepada Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang untuk menyelia dan memantau operasi muzium-muzium swasta dan persendirian di Pulau Pinang.

Beliau berkata permohonan pandangan cadangan tersebut telah dibuat pada tahun lepas kepada Jabatan Peguam Negara Malaysia tentang pengubalan suatu RUU yang baharu bagi menggantikan Enakmen Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang 1972 yang sedia ada.

Beliau turut menambah sekiranya RUU tersebut diluluskan, RUU ini tidak akan terkesan kepada muzium-muzium persendirian yang sedia ada di Pulau Pinang.

“Dalam Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang Ketiga Belas pada tahun 2016, semasa saya selaku ADUN telah membangkitkan isu kebanyakan muzium swasta tidak mencapai tahap bedasarkan kepada definasi yang diberikan oleh pihak ICOM atau Jabatan Muzium Negara.”

“Pada masa itu, saya juga bercadang pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang:

(i) harus memastikan kualiti muzium dan menetapkan garis panduan dan etika penubuhan muzium bagi memastikan muzium sebagai sebuah institusi pendidikan umum tidak formal, menyebarkan maklumat mengenai sejarah, kebudayaan dan alam semula jadi;

(ii) aktiviti yang dikendalikan oleh muzium-muzium mesti merupakan salah satu usaha yang diharapkan dapat membantu negara membina dan memperkukuhkan jati diri masyarakat di samping menjadi daya tarikan pelancong.”

Beliau berkata selaku EXCO Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan dan beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang sejak 2018 (di mana sekarang dengan nama baharu kepada Pelancogan dan Ekonomi Kreatif) telah bermulakan kerja untuk menggubalkan Pembaharuan Rang Undang- Undang Enakamen Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang ini.

Yeoh berkata bahawa Rang Undang- Undang Enakamen Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang yang baru akan dibentangkan dalam Persidangan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang akan datang ini nanti.